Saturday, 18 April 2020


PERBINCANGAN

1.  Apakah gaya kepimpinan yang paling sesuai yang diamalkan oleh pengetua?

Menurut Azizi, Noordin dan Lim (2010), kajian yang dijalankan oleh Jemaah Nazir Sekolah pada tahun 2003 menunjukkan bahawa Pengetua atau Guru Besar yang efektif meletakkan penekanan kepada beberapa ciri kepimpinan, misalnya pendekatan kepimpinan, pengupayaan kepimpinan, galakan, semangat kerja berpasukan, kepimpinan kurikulum, dan budaya ilmu. Dapatan kajian ini seterusnya telah digunakan sebagai asas untuk penetapan penunjuk prestasi untuk menilai tahap keupayaan Pengetua atau Guru Besar di sekolah.Bagi pendapat saya gaya kepimpinan yang sesuai diamalkan oleh pengetua ialah demoktratik.Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan demokratik merupakan seorang pemimpin yang selesa melibatkan semua pihak dalam membuat sesuatu keputusan mahupun tindakan. Pendekatan yang sering digunakan oleh pemimpin sebegini adalah melalui perbincangan dan mesyuarat di mana akan berlakunya proses penurunan tugas kepada kakitangan bawahannya. Selain itu, kakitangan juga akan diberi kebebasan untuk melaksanakan sesuatu keputusan atau tindakan mengikut cara masing-masing. Antara keistimewaan pemimpin demokratik adalah, pemimpin jenis ini boleh menjadi peneraju organisasi yang cemerlang kerana sedar akan keupayaannya sebagai pembimbing kepada pengikutnya di samping berupaya mewujudkan rasa tanggungjawab dan kerja berpasukan dalam kalangan kakitangan bawahannnya. Pemimpin jenis ini juga berpegang kepada prinsip tiada apa yang mampu dilakukannya seorang diri, sebaliknya percaya penglibatan menyeluruh ahli kumpulan sebagai tunjang kekuatan sesebuah organisasi. Pemimpin memerlukan sokongan orang bawahannya. Melalui pengagihan tugas dan kuasa, semua pihak akan berasa lebih yakin dan berlapang dada dalam menjalankan tugas masing-masing yang mana secara tidak langsung dapat menjamin operasi organisasi berjalan dengan lancar dan berdaya maju (Ainon, 2003). Pemimpin demokratik boleh diibaratkan sebagai perangsang kepada kakitangan lain untuk mempercepatkan pencapaian matlamat melalui pendekatan yang strategik. Oleh kerana kepimpinannya bersifat membantu, pemimpin jenis ini akan sentiasa dihormati dan dihargai tanpa mengira waktu dan situasi.

2. Apakah kualiti atau ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang pemimpin/pengetua yang berkesan dalam sesebuah organisasi?

Kepemimpinan merujuk kepada kemampuan mengambil peranan mempengaruhi orang lain ke arah kebaikan. Seorang pemimpin perlu mempunyai personaliti yang mampu mempengaruhi orang lain serta bersedia ditegur atau dikritik oleh orang lain.Dalam konteks Islam, kekuatan keimanan dan keyakinan terhadap Allah SWT adalah aspek penting, sekali gus menjadi satu kekuatan apabila diuji dengan pelbagai cabaran. Pemimpin yang baik tidak mudah berputus asas atau cepat mengalah kerana yakin Allah SWT sentiasa bersamanya.Pemimpin yang mempunyai wawasan jelas memiliki kemampuan berfikir dalam pelbagai pendekatan bagi mencari alternatif serta mampu memperjelas atau memperhalusi sesuatu yang abstrak kepada yang nyata.Memimpin orang lain dengan nilai kasih sayang, teladan serta mempunyai nilai integriti dalam diri.Selain itu, kerja berpasukan.Membabitkan diri dalam organisasi dapat memupuk nilai kepemimpinan generasi muda dalam masyarakat.Melalui pembabitan dalam bidang sukan akan melatih anak muda erti perjuangan, kemenangan, kekalahan serta tidak mudah mengaku kalah. Persaingan hidup dalam semua perkara dan bidang hari ini semakin sengit, justeru mereka perlu bersedia.
3. Kepentingan organisasi dan kepimpinan yang baik di sekolah?
Organisasi dan kepimpinan sangat berkait rapat untuk memajukan sesebuah sekolah.Oleh itu, penting adanya organisasi dan kepimpinan yang baik disekolah kerana ia akan menentukan masa depan pelajar dan hala tuju sesebuah sekolah.Hal ini kerana, apabila organisasi sekolah sangat baik dan kepimpinan setiap pemimpin dapat dicontohi dan diamalkan oleh bawahannya maka tiada masalah atau kes-kes berat berlaku kerana kepimpinan setiap guru sangat telus dan bertanggungjawab terhadap pelajar.
RUJUKAN

DAPATAN KAJIAN.

Menerusi kajian daripada jurnal 'Gaya Kepimpinan Guru Besar dan Tahap Efikasi Guru' oleh Baharuzaini Baharin, Muhammad Hisham Adnan, Mohd Hanif Mohd Zin, Mohd Norhisyam Kamaludin & Azlin Norhaini Mansor yang telah dirujuk oleh kumpulan kami, Jadual 4 menunjukkan bahawa Gaya Kepimpinan Instruksional merupakan gaya kepimpinan yang paling tinggi diamalkan oleh guru besar di sekolah tersebut berdasarkan kepada skor min iaitu 3.77. Skor min bagi Gaya Kepimpinan Instruksional ini berada pada tahap tinggi manakala gaya kepimpinan yang lain hanya berada pada tahap sederhana. Sekiranya dipecahkan mengikut bilangan dan peratusan, maka tahap tinggi mempunyai bilangan paling ramai responden iaitu seramai 18 orang (58.06%), diikuti tahap sederhana seramai 12 orang (38.71%), seterusnya tahap sangat tinggi seramai seorang (3.23%) dan kosong bilangan bagi tahap rendah dan sangat rendah. Dapatan kajian bagi gaya kepimpinan moden yang diamalkan guru besar menunjukkan bahawa Kepimpinan Instruksional merupakan gaya yang paling kerap diamalkan di sekolah tersebut berbanding Kepimpinan Transformasional. Dapatan ini menyokong kajian yang dibuat oleh Marzano et al. (2005) dan Nor Asikin (2011) yang menyatakan bahawa guru besar lebih kerap mengamalkan gaya Kepemimpinan Instruksional terutamanya di sekolah berkesan. Gaya kepimpinan tradisional, Kepimpinan Autokratik merupakan gaya kepimpinan yang paling kerap diamalkan oleh guru besar di sekolah tersebut berbanding Kepimpinan Demokratik dan Lassez-Faire. Dapatan ini berbeza dengan kajian Abdul Malik et al. (2016) yang menunjukkan Kepimpinan Demokratik adalah gaya kepimpinan yang paling kerap diamalkan dan Kepimpinan Autokratik adalah yang paling kurang diamalkan oleh guru besar. 



Kepimpinan atau leadership dalam bahasa Inggeris bermaksud keupayaan untuk mempengaruhi, memotivasikan, mengubahsikap dan tingkahlaku pengikutnya untuk mencapai sesuatu matlamat organisasi. Dari aspek kepimpinan di institusi pendidikan pula ialah keupayaan pengetua atau pengarah institusi pendidikan mempengaruhi, memotivasi, mengubah sikap dan tingkahlaku para pendidik untuk menjayakan sebarang perubahan bagi mencapai matlamat institut. Manakala perkataan ‘instruksional’ berasal dari perkataan bahasa Inggeris instruction yang berasal dari kata dasar instruct yang bermaksud ‘ajar’. Perkataan instruksional adalah kata kerja yang bererti ‘pengajaran’ atau ‘proses mengajar sesuatu’, Oleh itu, kepimpinan instruksional sinonim dengan kepimpinan pengajaran. Menurut Abdul Ghani (2011), sebagai pemimpin pengajaran, pengetua memainkan peranan sebagai pembimbing, penyelia, penilai dan pembekal sumber bagi menggalakkan dan memperbaiki pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah.


Tahap Kepimpinan Guru

Dalam kajian ini tahap amalan kepimpinan guru diukur berdasarkan enam dimensi iaitu i)penilaian kendiri dan membuat perubahan, ii)komunikasi, iii)kepelbagaian, iv)kemahiran pengajaran, v)penambahbaikan yang berterusan dan vi)organisasi kendiri. Analisis deskriptif yang melibatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai telah dijalankan untuk menentukan tahap kepimpinan guru di sekolah menengah harian (rujuk Jadual 1).




Jadual diatas menunjukkan bahawa secara keseluruhannya dapat dirumuskan kepimpinan guru berada pada tahap tinggi (min=4.28, SP=0.43). Dimensi yang mempunyai min yang paling tinggi ialah kemahiran pengajaran (min=4.38, SP=0.46). Seterusnya diikuti oleh dimensi organisasi kendiri (min=4.30, SP=0.47), dimensi penilaian kendiri dan membawa perubahan (min=4.28, SP=0.46), dimensi kepelbagaian (min = 4.27, SP = 0.480, dimensi penambahbaikan yang berterusan (min=4.25, SP=0.50) dan dimensi komunikasi (min=4.18, SP=0.51). Dapatan menunjukkan bahawa setiap dimensi kepimpinan guru berada pada tahap tinggi. Dimensi yang paling tinggi ialah kemahiran pengajaran dan dimensi yang mempunyai min yang paling rendah ialah komunikasi. Ini menunjukkan bahawa guru dalam kajian ini telah melaksanakan amalan kepimpinan guru berasaskan kepada enam dimensi iaitu penilaian kendiri dan membuat perubahan, komunikasi, kepelbagaian, kemahiran pengajaran, penambahbaikan yang berterusan dan organisasi kendiri yang mana kesemuanya berada pada tahap yang tinggi.






RUJUKAN

 Baharuzaini Baharin, Muhammad Hisham Adnan, Mohd Hanif Mohd Zin, Mohd Norhisyam                   Kamaludin & Azlin Norhaini Mansor. (2018). Gaya Kepimpinan Guru Besar Dan Tahap Efikasi                   Guru. Journal of Personalized Learning2(1), 9-17.Diperoleh daripada 
             http://spaj.ukm.my/jplearning/index.php/jplearning/article/view/38
 Abdul Ghani Abdullah. (2005). Kepimpinan transformasi pengetua dan penggantian kepimpinan sebagai                               penentu  komitmen terhadap organisasi dan perlakuan warga organisasi pendidikan. Malaysian                            Jounal of Educators and Education20, 53-68.Diperoleh daripada

Marhaini Abul Ghani, Nadwatul Husna Mustapha, Azharuddin Hashim, & Nur Hidayah Mohd Amin. (2016). Gaya               kepimpinan transformasional terhadap keberkesanan organisasi di bahagian pentadbiran Kolej Universiti               Islam Antarabangsa Selangor.Diperoleh daripada 

YEW, T. K. (2009). KEPIMPINAN TRANSFORMASI: INVENTORI AMALAN KEPIMPINAN PENGETUA                          SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAERAH SIBU, SARAWAK. Universitas Teknologi Malaysia,                  Fakulti Pendidikan. Skudai Johor Darul Taksim: Tesis.Diperoleh daripada